27 April 2011

PERUBAHAN DALAM JAWATANKUASA PENTADBIRAN KOPERASI

Terdapat beberapa perubahan dalam ahli jawatankuasa lembaga koperasi. ALK terbaru telah ditampal di papan kenyataan koperasi. Pengurus besar masih lagi dijawat oleh Pn. Norlila dan Pengerusi adalah Pn. Faizah Yusoff.

16 April 2011

HARI KOPERASI SEKOLAH 2010

HKS 2010 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 28 Jun 2010 hingga 3 Julai 2010 dengan tema kreativiti dan inovasi memperkasakan koperasi sekolah. Aktiviti wajib telah diadakan bermula pada 28 Jun 2010. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
 
PERHIMPUNAN HKS
SESI PENERANGAN
LAGU KOPERASI ANGKASA
PERUTUSAN
PRIHATIN TERHADAP
  ALAM SEKITAR

 
 Perarakan pengawas koperasi sekolah masuk ke Dewan Seri

 Barisan guru dan pelajar

 Kompang mengiringi guru-guru masuk ke Dewan Seri

 Pengawas koperasi membuat persembahan

Aktiviti alam sekitar


Pelbagai aktiviti pilihan telah diadakan seperti penghasilan produk kreatif dan inovasi bertemakan bahan kitar semula.
 Pelajar dan guru saling berkongsi idea dalam menghasilkan produk

Bahan-bahan kitar semula

Aktiviti tambahan lain seperti pengiktirafan Koperator sekolah terbaik, penyerahan dividen dan pelanggan bertuah.


 Koperator terbaik 2010

Cabutan pelanggan bertuah

Penyampaian hadiah kepada pelanggan bertuah

Penyerahan dividen