20 June 2011

HARI KOPERASI SEKOLAH 2011

Perasmian HKS 2011 telah diadakan Isnin, 20 Jun 2011 di Dewan Seri SMKSS. Perasmian didakan dalam perhimpunan rasmi, dimulai dengan ucapan aluan dan penerangan daripada pengurus besar koperasi SMKSS, Pn Azizah Saad dan dirasmikan oleh Puan Pengetua SMKSS Pn. Hajah Faizah Yusoff. Sambutan didakan selama seminggu dan pelbagai aktiviti akan diadakan.


17 May 2011

KURSUS ANGKASA (PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN UNTUK KOPERASI SEKOLAH)

Tujuan:
  • Untuk memberi pengetahuan asas mengenai Rancangan Perniagaan Koperasi Sekolah
  • Untuk memberi kemahiran dalam penyediaan Rancangan Perniagaan koperasi Sekolah
  • Untuk menambah ilmu perniagaan dan keusahawanan
  • Mencetuskan idea-idea baru dalam mengembangkan kedai koperasi.
Peserta:
Pelajar-pelajar koperasi sekolah

Bilangan Peserta:
50 Orang

Jangkamasa Kursus:
1 Hari (8 pagi - 4.00 ptg)

KURSUS ANGKASA (TATACARA PENGURUSAN MESYUARAT DAN MINIT KOPERASI SEKOLAH)

Tujuan:
  • Memberi kefahaman, pendedahan dan latihan cara-cara mengurus mesyuarat dan minit dengan berkesan untuk dipraktikkan dalam organisasi
  • Persediaan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat
Peserta:
Anggota-anggota Koperasi (Tingkatan 3 - 6)

Bilangan Peserta:
50 Orang

Jangkamasa Kursus:
1 Hari (8 pagi - 2 ptg)

KURSUS ANGKASA (PENGURUSAN KEDAI KOPERASI SEKOLAH)

Tujuan:
Meningkatkan kemahiran dan kecekapan mengurus kedai koperasi, kemahiran penyeliaan, menambah ilmu perniagaan dan keusahawanan

Peserta:
ALK (Tingkatan 3 hingga 6)

Bilangan Peserta:
50 Orang

Jangkamasa Kursus:
1 Hari (8.00 - 5.00 ptg)

KURSUS ANGKASA SIRI 3 (PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI SEKOLAH)

Tujuan:
Membimbing dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai nilai-nilai dan prinsip koperasi serta cara mentadbir dan mengurus koperasi.

Peserta:
Anggota Lembaga Koperasi (Pelajar), Jawatankuasa Audit Dalaman(Pelajar), Anggota-anggota Koperasi (pelajar)

Bilangan Peserta:
50 orang

Jangkamasa Kursus:
1 Hari (8.00 pagi - 2.00 ptg)

AKTIVITI TERKINI TAHUN 2011


AKTIVITI-AKTIVITI KOPERASI 2011

1. Mesyuarat ALK dan Guru-Guru Koperasi tiga kali setahun

2. Mesyuarat Agung Koperasi pada 24 Januari 2011

 Aktiviti Koperasi

1.         23-27 Januari 2011
Pendaftaran Saham Koperasi Tingkatan 1

2.         24 Januari 2011 [Isnin]29 Januari 2011
            Mesyuarat Agung Koperasi Kali Ke 22

3.         27 Januari 2011 [Rabu]
            Kursus ANGKASA Ketrampilan Bertutur Di Bilik Seri Anggun




4.            Program Gotong Royong Membersihkan Premis Koperasi oleh pengawas

5.         25 Februari 2011 [Jumaat]
            Mesyuarat Lembaga Koperasi Bil [1] 2011 bertempat di Bilik Seri Anggun

6.         7 Mac 2011 Majlis Perlantikan Lembaga Pengawas Koperasi di Dewan Seri

7.         2 April 2011[Sabtu]
              Kursus Wajib Team Building Guru dan Pengawas Koperasi 2011 bertempat di      Dewan Seri
















 8.        21 April 2011 [Khamis]
            Lawatan dari Koperasi SMK Sungai Pelek Sepang
           

9.         27 April 2011 [Rabu]
             Kursus ANGKASA Pengurusan Kedai Koperasi di Bilik Seri Anggun
               

10.        28 April 2011 [Khamis]
            Lawatan dari Koperasi SMK Presint 16 Putrajaya
        

AKTIVITI AKAN DATANG:


1. 28 Mei 2011
    Lawatan dari Koperasi SMK Bukit Jelutong Shah Alam


2. 20 - 24 JUN 2011
    Perayaan Hari Koperasi Sekolah


3. JUN 2011
    Kursus ANGKASA SEKKOP Keanggotaan Saham


4. Julai 2011
    Kursus ANGKASA Tatacara Pengurusan Mesyuarat

27 April 2011

PERUBAHAN DALAM JAWATANKUASA PENTADBIRAN KOPERASI

Terdapat beberapa perubahan dalam ahli jawatankuasa lembaga koperasi. ALK terbaru telah ditampal di papan kenyataan koperasi. Pengurus besar masih lagi dijawat oleh Pn. Norlila dan Pengerusi adalah Pn. Faizah Yusoff.

16 April 2011

HARI KOPERASI SEKOLAH 2010

HKS 2010 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 28 Jun 2010 hingga 3 Julai 2010 dengan tema kreativiti dan inovasi memperkasakan koperasi sekolah. Aktiviti wajib telah diadakan bermula pada 28 Jun 2010. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
 
PERHIMPUNAN HKS
SESI PENERANGAN
LAGU KOPERASI ANGKASA
PERUTUSAN
PRIHATIN TERHADAP
  ALAM SEKITAR

 
 Perarakan pengawas koperasi sekolah masuk ke Dewan Seri

 Barisan guru dan pelajar

 Kompang mengiringi guru-guru masuk ke Dewan Seri

 Pengawas koperasi membuat persembahan

Aktiviti alam sekitar


Pelbagai aktiviti pilihan telah diadakan seperti penghasilan produk kreatif dan inovasi bertemakan bahan kitar semula.
 Pelajar dan guru saling berkongsi idea dalam menghasilkan produk

Bahan-bahan kitar semula

Aktiviti tambahan lain seperti pengiktirafan Koperator sekolah terbaik, penyerahan dividen dan pelanggan bertuah.


 Koperator terbaik 2010

Cabutan pelanggan bertuah

Penyampaian hadiah kepada pelanggan bertuah

Penyerahan dividen

26 February 2011

Lawatan dari Negara Fiji

 Pihak sekolah dan koperasi amat berbangga menerima kedatangan satu daripada dua pelawat dari negara luar pada tarikh bersejarah iaitu 26 Februari tahun 2008. Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari sistem koperasi yang diaplikasikan oleh sekolah disamping memelihara hubungan dua hala dengan bertukar pandangan dan pengetahuan. Pihak sekolah dan koperasi SMKSS Bhd dengan bangganya memaparkan gambar yang dirakamkan ketika kunjungan mereka..sesungguhnya..hari itu dalam sejarah SMKSS..




Pandangan pulau Fiji..


 Menerima bunga telur dari pengetua sekolah, Pn. Faizah..




 Penerangan mengenai koperasi sekolah..

 Bertukar pandangan..

 Professor Ropate Galo dari Fiji menunjukkan cara mengucapkan selamat kepada tetamu..

24 February 2011

KOPERASI BERWAJAH BARU

Peranan koperasi di sekolah-sekolah di Malaysia adalah amat penting dimana ianya dapat membina sebuah komuniti yang bekerjasama, disamping dapat melatih para pelajar menjadi insan yang lebih bertanggungjawab, bersedia untuk menghadapi kehidupan mencabar kelak..