18 June 2012

Pengurusan Koperasi SMKSS 2012

Salam sejahtera..

Koperasi SMK Seri Serdang kini diterajui oleh Pengurus baru yang berkaliber, iaitu Pn. Azizah Saad. Beliau telah berkecimpung dalam koperasi sekolah selama 14 tahun di samping pengurus mantan pengurus besar koperasi SMKSS iaitu Pn. Norlila Omar. Setiausaha Koperasi SMK Seri Serdang Bhd masih lagi dipegang oleh Pn. Nik Mariam Annis Zamakhshari. Kepimpinan dan dedikasi Pn. Nik Mariam Annis amat dihargai dan diperlukan dalam koperasi SMKSS Bhd.. Organisasi pengurusan Koperasi SMK Seri Serdang Bhd 2012 digambarkan di dalam carta seperti yang dilampirkan.

PENGERUSI KOPERASI
PN.HJH.FAIZAH BT. YUSOFF

NAIB PENGERUSI KOPERASI
Tengku.Norhayati           
Tengku Mohamed
N.Pengerusi (1 )

Pn.Nor Riha Zakaria
PK Kurikulum
N. Pengerusi (2)



        Pn. Norlila Omar         
PK HEM
N. Pengerusi (3)


Pn.Roslina Abd Ghani         
PK T6
N. Pengerusi (4)


En.Juri Kamdi          
PK Petang
Juruaudit Dalaman


20 June 2011

HARI KOPERASI SEKOLAH 2011

Perasmian HKS 2011 telah diadakan Isnin, 20 Jun 2011 di Dewan Seri SMKSS. Perasmian didakan dalam perhimpunan rasmi, dimulai dengan ucapan aluan dan penerangan daripada pengurus besar koperasi SMKSS, Pn Azizah Saad dan dirasmikan oleh Puan Pengetua SMKSS Pn. Hajah Faizah Yusoff. Sambutan didakan selama seminggu dan pelbagai aktiviti akan diadakan.


17 May 2011

KURSUS ANGKASA (PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN UNTUK KOPERASI SEKOLAH)

Tujuan:
  • Untuk memberi pengetahuan asas mengenai Rancangan Perniagaan Koperasi Sekolah
  • Untuk memberi kemahiran dalam penyediaan Rancangan Perniagaan koperasi Sekolah
  • Untuk menambah ilmu perniagaan dan keusahawanan
  • Mencetuskan idea-idea baru dalam mengembangkan kedai koperasi.
Peserta:
Pelajar-pelajar koperasi sekolah

Bilangan Peserta:
50 Orang

Jangkamasa Kursus:
1 Hari (8 pagi - 4.00 ptg)

KURSUS ANGKASA (TATACARA PENGURUSAN MESYUARAT DAN MINIT KOPERASI SEKOLAH)

Tujuan:
  • Memberi kefahaman, pendedahan dan latihan cara-cara mengurus mesyuarat dan minit dengan berkesan untuk dipraktikkan dalam organisasi
  • Persediaan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat
Peserta:
Anggota-anggota Koperasi (Tingkatan 3 - 6)

Bilangan Peserta:
50 Orang

Jangkamasa Kursus:
1 Hari (8 pagi - 2 ptg)

KURSUS ANGKASA (PENGURUSAN KEDAI KOPERASI SEKOLAH)

Tujuan:
Meningkatkan kemahiran dan kecekapan mengurus kedai koperasi, kemahiran penyeliaan, menambah ilmu perniagaan dan keusahawanan

Peserta:
ALK (Tingkatan 3 hingga 6)

Bilangan Peserta:
50 Orang

Jangkamasa Kursus:
1 Hari (8.00 - 5.00 ptg)

KURSUS ANGKASA SIRI 3 (PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI SEKOLAH)

Tujuan:
Membimbing dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai nilai-nilai dan prinsip koperasi serta cara mentadbir dan mengurus koperasi.

Peserta:
Anggota Lembaga Koperasi (Pelajar), Jawatankuasa Audit Dalaman(Pelajar), Anggota-anggota Koperasi (pelajar)

Bilangan Peserta:
50 orang

Jangkamasa Kursus:
1 Hari (8.00 pagi - 2.00 ptg)